KISAH SEORANG RAJA DAN PENGEMBALA KAMBING(SPR)


Pada suatu hari yang amat panas, keluarlah salah seorang raja dari raja-raja yang memerintah ke kebun-kebun, ladang-ladang yang menghijau milik rakyatnya, untuk menikmati pemandangan yang indah serta menyedut udara yang nyaman.

Selepas beberapa ketika, bagainda berasa penat kerana telah lama berjalan kaki,baginda pun duduk berehat di bawah sepohon pokok. Cuaca pada waktu itu amat baik sekali, keadaan langit yang cerah. Baginda pun memandang ke arah tanaman dan bumi yang menghijau serta burung-burung yang berterbangan dari satu pokok ke pokok yang lain dan kambing-kambing yang dijaga di tengah-tengah padang ragut.

Baginda berasa gembira sekali melihat pemandangan yang cantik itu. Baginda pun mengeluarkan sebuah buku dari koceknya dan membaca buku tersebut sehingga tertidur dalam keadaan terduduk. Baginda telah terjaga dari tidurnya menjelang waktu asar. ketika itu cuaca tidaklah begitu panas lagi.Lantas baginda bangun dan mengambil tongkatnya dan pulang ke istananya.

Selepas sebatu baginda berjalan, naginda teringat akan buku yang dibacanya tadi, lantas mencari-cari buku tersebut dalam poketnya, tapi baginda tidak menjumpainya..barulah baginda sedar bukunya itu tertinggal di bawah pokok beliau tertidur kerana terlalu penat tadi.Baginda tidak mahu mencari buku itu sendiri kerana beliau terlalu letih berjalan, akan tetapi beliau tidak mahu kehilangan buku itu, kerana baginda amat menyukai bukunya itu dan beliau berharap ada seseorang yang dapat mengambil buku itu.

Pada ketika baginda sedang berfikir siapakah orang yang akan pergi mengambil buku itu, baginda terlihat seorang budak yang tidak memakai kasut sedang mengembala kambing di sebuah padang ragut. Maka baginda pun pergi ke budak itu dan menunjukkannya sekeping wang emas seraya baginda berkata” kamu nak tak duit emas ini menjadi milik kamu?” budak itu menjawab ” ya, saya nak, tapi bagaimana seorang pengembala kambing yang miskin seperti saya ini boleh mendapatkan wang emas itu?”

Baginda pun berkata “sekejap lagi saya akan bagi duit emas ini kepada kamu sekiranya kamu pergi berlari mendapatkan buku saya yang tertinggal di bawah sepohon pokok sebatu jauhnya dari sini, dan kamu ambil buku itu dan serahkannya kepada saya.” budak itu memandang kepada baginda seraya berkata “kamu nak buat satu helah supaya saya pergi buku awak ya?kemudian kamu akan gelakkan saya?”. Baginda pun mendekati budak itu dan berkata” ambillah duit emas ini supaya kamu percaya cakap saya,sekarang cepat pergi ambil buku saya itu.”

Maka gembiralah budak itu, tetapi budak itu masih tidak berganjak lagi pergi mengambil buku kerana bimbangkan kambing-kambingnya. Baginda pun bertanya”kenapa kamu teragak-agak nak pergi?”budak itu menjawab”memang saya nak pergi ni,tetapi saya khuatir kambing-kambing saya ni akan hilang,nanti tuan punya kambing-kambing ni akan memarahi saya”.

Lantas baginda berkata”takpe, saya akan jaga kambing-kambing kamu ini sehingga kamu pulang ke mari.”budak itupun berkata”saya nak lihat kamu menjaganya sehingga saya berasa tenang hati” baginda pun berkata “biar saya, saya cuba ni dan kamu lihat saya ok?”. Kemudian buda itu menyerahkan tongkat pemukul kambing kepada baginda dan berjalan sedikit ke hadapan dan berpatah balik.

Baginda pun bertanya”saya nak lihat kamu menggunakan tongkat itu menjaga kambing-kambing ini”. Maka budak itu pun menerangkan cara-cara menggunakan tongkat itu sekiranya kambing-kambing itu cuba untuk melarikan diri. Maka barulah budak itu berpuashati apa bila melihat baginda sudah tahu menggunakan tongkat itu, sesudah itu budak itu pun pergi dengan segera mencari buku milik baginda.

Baginda duduk di atas sebijik batu yang besar sambil ketawa memandang ke arah kambing-kambing. Apabila menyedari tiada pengembala kambing,kambing-kambing itu pun mengembek dan berlari kesemuanya ke padang ragut bersebelahan. Baginda pun berlari menuju kearah belakang kumpulan kambing-kambing tersebut cuba untuk menghalangnya tetapi akhirnya kambing-kambing tersebut terlepas jugak.

Selepas beberapa minit budak itu pun sampai membawa buku yang tertinggal tadi. Apalagi menjeritlah budak itu bila terpandang kambing-kambingnya yang telah hilang dan berkata”saya dah agak.ini lah yang akan berlaku.saya dah pun cari buku awak tapi awak lepaskan kambing saya ke tanaman jiran sebelah, apa saya nak jawab dengan dia nanti?”

Maka baginda pun berkata” wahai budak, saya betul-betul minatak maaf, baiklah saya akan menolong kamu sehingga kambing-kambing itu pulang ke tempat asalnya.” budak itupun  berkata ” lari cepat dan berdiri disitu dan saya pergi menghalau kambing-kambing.” Baiginda pun buatlah apa yang disuruh. Budak itu lari ke depan kambing-kambing untuk membantu baginda.Selepas puas menjerit meghalau kambing-kambing, kambing-kambing itu pulang ke tempat asalnya.

Baginda pun berkata pada budak itu”maafkan saya wahai budak, aku tak pandai jaga kambing,aku ni hanyalah seorang sultan dan raja yang hanya pandai mentadbir rakyat dan negeriku sahaja.”Budak itu pun terkejut dan terus berkata “betul ke kamu ni sultan?”aku rasa amat bersalah sekali kerana tinggalkan kambing-kambing aku bersama kamu tadi, aku akan buat kesalahan yang kedua sekiranya aku percaya pulak yang kamu ni raja”.

2 Komen

Seronok membaca kisah ini. Banyak nila-nilai moral yang boleh kita angkat daripada kisah ini. Nilai-nilai yang boleh memberi pengajaran yang berguna kepada diri kita sendiri dan orang lain.

Tahniah..ceritanya bagus…banyak iktibar dan pengajaran…zaman sekarang memang susah nak percaya pada orang…hati2 dalam setiap langkah…itu adalh yang terbaik.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 33 other followers

%d bloggers like this: