TENTERA DARAT
|
Tentera Darat Malaysia Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) |
|
“TAATSETIA” 1. Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1933. RAMD memngandungi 25 batalion yang mana dua batalian sebagai Batalian Para, dua batalian sebagai Battalion Mekanis, satu Batalian Istiadat dan selebihnya adalah Batalian Infantri Standard. RAMD juga merupakan kor yang tertua dan terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia. 2. Menuju cabaran di alaf baru, Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. 3 elemen utama iaitu Infantri Standard, Infantri Mekanis dan Infantri Para akan menjadi teras kepada infantri. Satu batalion akan dikhususkan sebagai Batalion Istiadat. Batalian Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang ditubuhkan pada 1 Jan 1938 telah diubah dari peranan sebagai pasukan infantri biasa kepada batalian infantri istiadat mulai 1 Jan 1989. Di atas kecemerlangan yang telah ditunjukkan serta pencapaian mutu yang tinggi, pasukan ini telah diberi kepercayaan dalam kawalan kehormatan utama setiap kali lawatan pembesar-pembesar luar negara. Dalam melaksanakan tugas-tugas dalam operasi dan membantu pihak berkuasa awam semasa aman, pasukan infantri baisa telah disusun semula dari segi keanggotaan dan material kepada Batalion Infantri Standard. Dengan latihan yang intensif dalam semua bentuk cabaran samada konvensional mahupun perperangan insurgensi, batalion ini dilatih supaya siap siaga bagi menghadapi ancaman musuh-musuh negara. Dasar pertahanan negara di abad ke 21 memerlukan ketumbukan Tentera Darat yang mampu diaturgerakkan dalam semua keadaan dengan cekap dan pantas. Justeru, pasukan Infantri Para telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan ini. RINGKASAN SEJARAH 3. Sebagai kor yang tertua di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kor Infantri mempunyai rentetan sejarahnya yang tersendiri. Pada tanggal 1 Mac 1933 bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan, seramai 25 anak watan memulakan latihan rekrut dalam Kompeni Percubaan Askar Melayu yang mana menjadi pengasas terbentuknya Tentera Darat Malaysia sekarang. Di antara yang memainkan peranan utama dalam penubuhan rejimen ini adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah, Undang Luak Rembau Negeri Sembilan, Dato’ Abdullah bin Dahan, Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan. Dengan berbekalkan semangat keperwiraan, latihan yang intensif serta perancangan yang menyeluruh, skuad ini telah berkembang dengan pesat bagi memenuhi keperluan semasa negara. 4. Dalam mempertahankan maruah bangsa melayu dan membuktikan keperwiraan anak-anak watan, 2 buah batalion Rejimen Askar Melayu Diraja telah terlibat di dalam Perang Dunia ke 2. Di antara pertempuran yang menjadi ingatan dan kebanggan Kor Infantri adalah “Battle Of Muar”. Di dalam pertempuran ini, Lt Ibrahim Al-Dita selaku ketua platun telah membuktikan keberaniannya. Beliau telah dianugerahkan “Military Cross” iaitu pingat yang tertinggi Perang Dunia ke 2 bersama dua lagi rakannya iaitu Lt Ismail Babu dan Kpl Yaakob Bidin. Pertempuran Bukit Chandu pada 14 Feb 1942 yang begitu sengit merupakan satu titik tanda sejarah yang membuktikan keperwiraan dan keberanian Askar Melayu. Dalam pertempuran ini, Lt Adnan Saidi telah sanggup bertahan sehingga ke titisan darah yang terahkir. Beliau telah berjaya membunuh ramai tentera musuh serta rela ditikam sehingga mati daripada menyerah kalah kepada tentera Jepun. PERANAN DAN TUGAS 5. Peranan Kor Infantri adalah mencari dan mendekati musuh, membunuh serta menawannya, menggunakan kesempatan dan menduduki tanah dan melaksanakan serangan di waktu siang atau malam tanpa mengira cuaca, keadaan tanah ataupun keadaan. 6. Tugas-tugas Kor Infantri adalah seperti berikut:
|
Profil Kor Tentera Darat
REJIMEN RENJER DIRAJA (RRD)
“AGI IDUP AGI NGELABAN”
1. Rejimen Renjer Diraja (RRD) adalah salah satu daripada Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 16 Mac 1963. RRD memngandungi 9 batalion yang mana satu batalion sebagai batalion para, satu batalion sebagai battalion mekanis, dan selebihnya adalah batalion infantri standard. RRD juga merupakan kor yang kedua terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia selepas RAMD. Perbezaannya dengan RAMD adalah keanggotaan RRD terdiri daripada berbagai kaum dan agama di Malaysia.
2. Menuju cabaran di alaf baru, Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. 3 elemen utama iaitu Infantri Standard, Infantri Mekanis dan Infantri Para akan menjadi teras kepada infantrI. Dalam melaksanakan tugas-tugas dalam operasi dan membantu pihak berkuasa awam semasa aman, pasukan infantri baisa telah disusun semula dari segi keanggotaan dan material kepada Batalion Infantri Standard. Dengan latihan yang intensif dalam semua bentuk cabaran samada konvensional mahupun perperangan insurgensi, batalion ini dilatih supaya siap siaga bagi menghadapi ancaman musuh-musuh negara. Dasar pertahanan negara di abad ke 21 memerlukan ketumbukan Tentera Darat yang mampu diaturgerakkan dalam semua keadaan dengan cekap dan pantas. Justeru, pasukan Infantri Para telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan ini.
RINGKASAN SEJARAH
3. Pada 15 Sept 1963, Sarawak Rangers iaitu sebuah pasukan yang telah banyak menabur bakti dalam menentang pengganas komunis pada tahun 1948 hingga tahun 1960 telah dibubarkan. Justru, pada 16 Sept 1963, Askar Renjer Malaysia telah diwujudkan. Batalion pertama Askar Renjer Malaysia adalah terdiri dari anak-anak Sarawak manakala Batalion kedua pula terdiri dari anak-anak Sabah. Sifat-sifat gigih dan berani, sanggup berkorban untuk mempertahankan Negara adalah merupakan sifat-sifat warisan bagi setiap anggota Rejimen Renjer. Sifat-sifat kepahlawanan dengan kata-kata keramat, AGI IDUP AGI NGELABAN membawa erti selagi ada hayat, selagi itu bersedia untuk berjuang, telah memberi semangat perjuangan dan akhirnya telah membawa kepada kejayaan dan kemenangan dalam memelihara keamanan Negara.
| Malaysian Territorial Army Recruits’ Basic Military Training KOR ARMOR DIRAJA (KAD)
“BERSATU” 1. Kor Armor Diraja bermula dengan tertubuhnya Federation Armoured Car Squadron pada 1 September 1952. Skuadron ini telah diperbesarkan kepada Federation Amoured Car Regiment dalam tahun 1957. Dalam tahun 1960 Federation Amoured Car Regiment telah dicantumkan dengan Federation Regiment, sebuah battalion infanteri. Percantuman ini melahirkan Kor Peninjau yang telah dikurniakan gelaran Diraja pada 20 Mei 1972. Pada 22 Disember 1979 Kor Peninjau Diraja telah ditukarkan nama menjadi Kor Kavalri Diraja. Tugas kor ini ialah menjalankan operasi secara ‘offensive’ dan ‘defensive’ dengan sentiasa menyediakan bantuan perisai kepada Tentera Darat. Cogankata Kor Armor Diraja ialah “BERSATU”
Melaksanakan gerakan ofensif, defensif dan gerakan dengan atau tanpa bantuan pasukan infantri dan pasukan-pasukan lain. Memberi perlindungan perisai kepada pasukan infantri dan pasukan-pasukan bantuan serta perkhidmatan yang lain. 3. Tugas Semasa Aman:
|
UNIT DAN ORGANISASI DALAM ATM
- kebanyakan batalion di dalam tentera Darat Malaysia disusun menjadi Batalion Infantri Standard. Pasukan infantri standard bergerak ke medan tempur sama ada dengan berjalan kaki (infantri) ataupun dengan menggunakan lori tentera, ataupun kemudahan pengangkutan yang lain. Pasukan infantri standard dilengkapkan dengan raifel tempur peribadi, dan dikumpulan mengikut kumpulan tempur Skuad, [[Platun}}, Kompeni dan Batalion. Anggota infantri bersenjatakan raifel tempur akan dibantu oleh anggota-anggota yang bersenjatakan kelengkapan yang lebih beat seperti LMG, GPMG, Mortar dan roket penangkis kereta kebal.
- Batalion Infantri Para iaitu melakukan penggerakan menggunakan payung terjun untuk masuk ke medan pertempuran. Apabila mendarat, mereka beroperasi seperti pasukan infantri biasa. Oleh ekrana mereka bergerak menggunakan pesawat uadara, dan had muatan berat amat terhad, Batalion Infantri Para mempunyai kelengkapan tempur ringan sahaja dan tidak mempunyai bantuan kelengkapan berat. Oleh kerana tugas mereka melibatkan mereka terjun memasuki medan tempur di dalam kawasan operasi yang berada di dalam kawalan pihak musuh, anggota Batalion Infantri Para perlu mempunyai kekuatan mental yang kental dan tahap kecergasan fizikal yang amat tinggi. ‘Airborne” menjadi teriakan kebanggaan pasukan Infantri Para.
- Batalion Infantri Mekanis menjalankan operasi menggunakan kenderaan tempur (berperisai). batalion mekanis bergerak sebagai sebahagian daripada kumpulan gabungan tempur (combined arms) dan mencari, mendekati dan memusnahkan musuh menggunakan kenderaan berperisai. Apabila bertempur, infantri mekanis akan keluar dariapda kenderaan perisai mereka and bertempur seperti infantri biasa. kenderaan perisai yang mengangkut infantri mekanis menggunakan kelengkapan senjata seperti mesingan dan meriam 20mm untuk memberikan bantuan tembakan terus.
- Batalion Infantri Istiadat mempunyai peranan yang sama seperti batalion infantri standard. tetapi semasa aman diberikan tugas utamanya adalah mengadakan kawalan kehormatan yang merupakan satu kemegahan negara serta menyediakan anggota untuk kawalan di Istana Negara. Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja adalah sebuah Batalion Infantri Istiadat.
Peranan tempur ditugaskan kepada formasi-formasi medan. Formasi tempur disusnkan mengikut saiz dan peranan. pasukan Tentera Darat Malaysian boleh dikelaskan dalam 3 kumpulan mengikut peranan :
Pasukan Tentera Darat dikumpulkan dalam formasi tertentu untuk membolehkan fungsi perintah dan kawalan dibuat dengan berkesan. Formasi ini mempunyai peranan tertentu dan mempunyai kawasan operasi yang ditetapkan supaya tidak terdapat pertindihan kawasan operasi yang boleh mengakibatkan kekeliruan dan kemalangan.
- Diketuai Panglima berpangkat Leftenan Jeneral dan mempuyai elemen tempur sebanyak 3 Divisyen dan dibantu oleh elemen-elemen bantuan seperti Artilleri, Semboyan, Polis Tentera, Askar Jurutera dan sebagainya. Markas Medan merupakan formasi tempur paling besar di dalam Tentera Darat Malaysia ketika ini.
- Pada masa ini Tentera Darat Malaysia mempunyai 1 Markas Medan yang bertanggungjawab untuk pertahanan darat di Semenanjung Malaysia.
- Unit tempur Divisyen merupakan pasukan tempur kedua paling besar di dalam Tentera Darat Malaysia. Divisyen biasanya mempunyai anggota antara 10,000 sehingga 20,000 orang mengikut peranana dan kelengkapan yang dibekalkan. Divisyen di dalam Tentera Darat Malaysia adalah dari jenis Divisyen Infantri yang mana sebilangan besar anggotanya terdiri dariapda pasukan infantri.
- Divisyen biasanya mempunyai kekuatan 3 briged tempur dan disokong oleh pasukan bantuan tempur seperti Artilleri, Semboyan, Polis Tentera, Askar Jurutera dan juga oleh pasukan bantuan seperti pasukan kesihatan, dan KAGAT.
- Dalam Tentera Darat Malaysia kini terdapat 4 buah Divisyen yang dikenali dengan nombor-nombor turutan - 1 Divisyen Infantri, 2 Divisyen Infantri, 3 Divisyen Infantri dan 4 Divisyen Infantri. Biasanya, unit ini dipanggil dengan ringkasan 1 Div, 2 Div, 3 Div dan 4 Div sahaja.
- 3 Div telah dirancangkan untuk diubahkan menjadi pasukan ‘combined arms” yang mempunyai unit infantri, mekanis, armor dan pasukan udara.
- Briged adalah satu formasi tempur di dalam Tentera Darat Malaysia, dan biasanya mempunyai kekuatan 3 batalion ataupun rejimen. Kadangkala bilangan battalion diubah menjadi empat battalion ataupun dua battalion mengikut keperluan taktikal.
- Sesuatu Briged akan mempunyai elemen bantuan seperti 1 x bateri artileri, 1 x skuadron semboyan, 1 x kompeni polis tentera, 1 x platun risik, 1 x skuadron askar jurutera, dan 1 x Detasmen Bantuan Ringan Kor Jurutera Letrik Dan Jentera.
- Batalion adalah satu pasukan tentera yang mempunyai dua hingga enam Kompeni. Biasanya batalion diperintah oleh seorang Leftenan Kolonel. Batalion mempunayi kekuatan anggota lebih kurang 720 anggota, walaupun bilangan anggota berubah mengikut peranan dan kelengkapan unit tersebut. Di dalam Tentera Darat Malaysia, battalion digunakan untuk panggilan unit-unit di dalam pasukan-pasukan infantri Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Rejimen Renjer DiRaja, dan juag untuk Pasukan Kor Kesihatan DiRaja jdan kor Risik DiRaja juga dikumpulan mengikut battalion.lain-lain kor menggunakan panggilan Rejimen dan bukannya batalion.
- Dalam Tentera Darat Malaysia, Batalion-Batalion Infantri mempunyai 3 kompeni infantri dan disokong oleh sebuah Kompeni Markas dan sebuah Kompeni Bantuan. Setiap Kompeni mempunyai 3 Platun dan disokong oleh satu elemen Kompeni Markas (Perintah). Satu Kompeni biasanya diperintah oleh Seorang [[Mejar] ataupun Kapten. Kompeni Markas juga mempunyai Sarjan Mejar Kompeni untuk membantu Ketua Kompeni dalam urusan pentadbiran.
- Kompeni Bantuan dilengkapkan dengan peralatan senjata yang lebih berat seperti mesingan, mortar dan penangkis kereta kebal. Kompeni Bantuan juga mempunyai anggota-anggota dengan kepakaran tertentu seperti peninjau, penembak tepat dan perisik medan. Rejiemn Artileri mengunakan terma Bateri dan Rejimen Semboyan, Jurutera, Armor menggunakan terma Skaudron untuk pasukan-pasukan tahap kompeni di dalam organisasi mereka.
- Platun dalam Tentera Darat Malaysia biasanya dianggotai oleh 34 orang anggota, dan dibahagikan menjadi 4 Seksyen, di mana setiap seksyen mempunyai 8 orang anggota. Salah satu daripada 4 Seksyen di dalam platun akan dijadikan Seksyen Markas dan mengambil peranan memberi perintah kepada keseluruhan platun. Ketua platun biasanya seorang Leftenan ataupun Leftenan Muda dan dibantu oleh Sarjan Platun. Jika platun dipecahkan, Sarjan Platun akan mengambil perintah satu satu daripada pasukan yang dipecahkan tadi.
- Seksyen Tempur Infantri adalah pasukan tempur paling kecil dalam Tentera Darat Malaysia. seksyen dianggotai 8 orang anggota diketuai oleh seorang Sarjan ataupun Korperal. Seksyen boleh dibahagikan kepada dua pasukan tempur kecil (fire team) dengan ketua Seksyen mengetuai pasukan 4 anggota dan Pembantu Ketua Seksyen mengetuai baki 4 orang anggota lagi. Anggota Seksyen dilengkapi dengan raifel tempur dan 2 buah mesingan jenis LMG dengan dua pelancar grenad M204.
10th PARA BRIGADE – PARA DANCE







Askm.
Bagus juga blog ni… dapat gak tahu pasal ATM.
Koi pun orang Temerloh gak…
Kalau boleh nak mintak lah buatkan glosari sikit pasal tentera ni… macam dictionary tu.
Batalion ialah bla… bla…
skuadron ialah….
kompeni… briged… platun dll
barulah nampak sket… camana bentuknya…
Insya Allah boleh ye…
jemputlah ke blog koi http://mohdfikri.com/blog
Wassalam.
can u get a picture or photos of all Stuff officer duty at Markas latihan tentera darat kuala lumpur.. i had work to do..u can send to me..tq
mmm.. seronoknya dpt jd army
tahniah!!!
satu blog yang penuh informasi..
syabas!!!
tentu bangga menjadi perwira negarakan!!!
aku berbangga denganmu..
askm..tulis laa plak pasal komando..teringin nak tau
teruskan info-info terbaru agar ramai yang tahu tugas dan pengorbanan yang telah tentera lakukan demi mempertahankan keselamatan negara…
Pliz refer to FAFSI 1961 Chapter 16 -Communication of Infomation and Publication of Articles by Members of the Armed Forces.
salam. saya Lya dari uitm shah alam. skrg buat thesis pasal kemajuan tentera darat tanpa mengira kor. persoalan saya skrg, ingin saya utarakan selepas melihat blog tuan. saya ingin mengetahui kepentingan teknology kepada tentera darat. apakah definisi teknologi bagi sudut tuan. harap tuan dapat membalas email saya ini
salam..sha dcini..tuan,dulu sy seorg kadet pkbm(darat) under 19RAMD..during that time,tuan nizam adalh pegawai memerintah 19 RAMD,skrg die sbg pengarah kor infantri..dulu die sgt rapat ngn ktorg,until now,we’re lost contact each other…sy memohon jasa baik tuan if bole,can u gime me his email or smthg else that we can cntact with him,,sy mewakili pkbm(darat)dr smk pendang n smk sik,kedah…skrg sy sdg menuntut di usm,healthy campus,kubg kerian,klantan…last but not list,sy sgt bgga dgn sume aggota ATM terutamanya TD..wassalam..
adakah tuan mempunyai Arahan Pentadbiran Markas Tentera Darat No-10
Tuan,,,,,tulislah pasal pkbm darat