PUSAT LATIHAN MEKANIS (PULAMEK) formerly known as CAWANGAN MEKANIS

cwg-mek1mk-cwg1

simulatorpicture2

picture3

picture6

Sebelum aku balik mess nak mandi nak pakai baju melayu lengkap ni aku rasa ada lagi masa nak berkongsi dengan korang semua tentang latar belakang kem aku yang menjadi kebanggaan aku…inilah kisahnya…..

Cawangan Mekanis telah ditubuhkan secara ‘Ad-Hoc’ pada 1 Jan 1990 dan diletakkan di dalam organisasi Pusat Latihan Armor (PULAMOR) Kem Sebatang Karah, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sumber perjawatan asal bagi menubuhkan cawangan ini telah diambil dari sumber perjawatan Perantis Putera PULAMOR dengan kekuatan perjawatan yang dipinjam iaitu 3 pegawai dan 15 LLP. Penubuhan Cawangan Mekanis ini adalah bertujuan untuk melatih anggota-anggota mekanis semasa proses penubuhan pasukan mekanis pertama iaitu Batalion Ke Sembilan Belas Rejimen Askar Melayu DiRaja Mekanis yang berpengkalan di Kem Lapangan Terbang, Sg. Petani, Kedah. Hasil daripada penubuhan pasukan mekanis yang lain telah membawa kepada penubuhan Markas 4 Briged Mekanis bagi memenuhi keperluan perkembangan doktrin serta struktur organisasi Tentera Darat

Pada tanggal 1 Sep 2004 melalui surat Perintah Penubuhan Cawangan Mekanis oleh Cawangan Perancangan dan Pembangunan yang bertarikh 26 Ogos 2004 telah dikeluarkan secara rasmi bagi mewujudkan perjawatan dan organisasi Cawangan Mekanis.

Untuk menjadikan pasukan ini sebagai sebuah Pusat Latihan Mekanis yang unggul, mantap dan berkredibiliti kearah melahirkan Pegawai Muda, krew dan anggota mekanis yang kompeten, mantap dan berdaya saing selaras dengan halatuju Markas Pemerintahan Latihan Tentera Darat serta pasukan Mekanis secara keselruhannya.

Objektif umum cawangan ini secara keseluruhannya adalah bertanggungjawab melahirkan serta menyediakan warga penggempur mekanis yang terlatih selaras dan sesuai dengan keperluan pegangan aset serta doktrin yang telah diwujudkan.

Cawangan Mekanis berperanan sebagai sebuah pusat latihan dalam melatih krew kenderaan jenis ‘A’ dalam semua aspek Memandu dan Senggaraan, Persenjataan, Komunikasi dan Taktik. Selain dari itu juga cawangan ini dipertanggungjawabkan untuk menyelidik, mengkaji serta mengemaskini keperluan Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) dan perkembangan Doktrin. Justeru itu cawangan ini secara keseluruhannya adalah bertanggungjawab melahirkan serta menyediakan warga penggempur mekanis yang terlatih selaras dan sesuai dengan keperluan pegangan aset serta doktrin yang telah diwujudkan.

Cawangan ini dipertanggungjawabkan dan diamanahkan untuk melaksanakan tugas seperti berikut:

a. Melaksanakan semua kursus-kursus mekanis sepertimana di dalam KOD AT No.2.

b. Menjalankan ujian tred ke atas kursus-kursus yang dilaksanakan oleh cawangan ini dan yang dilaksanakan di pasukan (Decentralised Course) mekanis.

c. Membantu dalam perlaksanaan Program Latihan dan Penilaian TD (ARTEP) dalam keperluan aturgerak mekanis.

d. Menjalankan validasi terhadap kemahiran individu di dalam pengendalian aset dan pengetahuan mekanis.

e. Memberi syarahan luar dan bantuan yang diarahkan oleh Markas Latihan TD dan Jabatan Arah Infantri.

f. Menyedia, mengemaskini serta membantu di dalam penterjemahan phamplet- phamplet mekanis.

g. Mengkaji semua silibus-silibus kursus serta mengemaskininya dari masa ke semasa.

h. Mengkaji semua Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) dari masa ke semasa.

a. Bertindak selaku penasihat kepada Pengarah Infantri dalam aspek teknikal mekanis.

OUTPUT UTAMA

a. Melatih dan melahirkan penuntut – penuntut dari kalangan anggota mekanis yang berwibawa yang dapat menjalankan tugas di pasukan – pasukan mekanis dengan berkesan mengikut kepakaran mekanis yang tertentu.

b. Mengkaji keperluan kursus untuk pasukan-pasukan mekanis berdasarkan maklumbalas dan keperluan semasa dari pasukan – pasukan mekanis.

c. Melaksanakan kursus – kursus baru berdasarkan perolehan persenjataan dan kenderaan dan kenderan baru pasukan mekanis sekiranya diperlukan.

aduhhhhhhh….letihnya tangan den menaip…dah lah ya..setakat ni saje..kalau aku rajin esok aku sambung lagi ok? sekian ya ..terimakasih…askum…

11 Komen

Kepada Kapt Khairul Nizam, tahniah kerana mengadakan laman web untuk Cawangan Mekanis. Saya tidak akan melupakan Cawangan Mekanis sampai ke akhir hayat saya kerana disitulah pasukan terakhir saya sebelum saya menjadi awam dan terlalu banyak kenangan pahit manis semasa berada di sana (waktu itu di Port Dickson).

Sampaikan salam saya kepada PW II Man Jantan dan PW II Saberi. Pasti mereka akan menceritakan segala pengalaman semasa saya bertugas dengan mereka.

Kunjungi laman web saya untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Pingback: Sapuan’s Blog » Blog Archive » Cawangan Mekanis

best nyer..cam menarik je..:-)

wah..ade perubahan la syg…syabas!!!

tahniah la..nk tahu la ape alamat kem pulamor PD nie…i nk anta something kat someone…die tgh kursus pulamor PD..boleh kan kasi…nti e-mail kat i ye…tq…salam..

tahniah..
semoga banyak lagi paparan yang menarik dimuatkan agar orang ramai dapat mengetahui pe yang dilakukan oleh tentera kita..perwira negara…

saya akan setia melawat blog kapt ni kerana di sini je saya temui…

Tahniah!!!Semoga Terus Berjaya Di Tempat Baru Nanti….Jangan Lupakan Kami Semua O.K

Well …nice dude…

huh..macam tergantung aje citernya..sambung lah lg..:D

Salam

Tahniah.

Mejar Haji Ramli Ab Rahim (Bersara TUDM)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 33 other followers

%d bloggers like this: