KOR PERKHIDMATAN AM (AJAR)

pengarah1.jpgimage_resize_beritaphp1
image_resize_beritaphp333

kpa1

hariraya42008


 

Adalah amat baik sekali kalau aku menceritakan sedikit pada korang asal usul aku dalam tentera malaya ni..tentu korang nak tahu kan?aku ditauliakan kedalam Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan)…..kat sini aku nak cerita sikit tentang komponen2 yang menbentuk KPA ni….“BERBAKTI”(motto KPA)Kor Perkhidmatan Am diwujudkan dalam tahun 1954 dengan nama “The Federation General Service Corps”. Bahagian-bahagiannya ketika itu ialah Pejabat-pejabat Rekod, Gaji, Perubatan, Pelajaran dan Perisikan. Nama pasukan Perkhidmatan Am dikuatkuasakan pada 1 Julai 1958. Bahagian-bahagian Perubatan dan Perisikan kemudian berpisah dan menubuh kor yang berasingan. Pasukan Perkhidmatan Am dengan rasminya menjadi Kor Perkhidmatan Am pada 1 Mei 1972. Kor ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan khidmat dari segi Urusan Gaji, Pekeranian, Pelajaran dan Perhubungan Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia. Cogankata Kor Perkhidmatan Am ialah “BERBAKTI” Kor Perkhidmatan Am terbahagi kepada 4 komponen penting yang membentuk kor ini iaitu Kor Perkhidmatan Am (Bahagian Kerani), Kor Perkhidmatan Am (Gaji), Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) dan Kor Perkhidmatan Am (Perhubungan Raya) di mana tiap-tiap komponen memainkan peranan penting di dalam tugas dan peranannya sesuai dengan mottonya “BERBAKTI”

OBJEKTIF UMUM

Menyediakan Peluang Dan Kemudahan Pendidikan Secukupnya Bagi Warga ATM Dan Membangunkan Organisasi Serta Sumber Manusia Dalaman Selaras Dengan Keperluan Pendidikan ATM.

OBJEKTIF OPERASI

PEMBANGUNAN ORGANISASI

Menentukan KPA (Pendidikan) relevan dengan perkembangan ATM dan negara.

Memberi khidmat kepakaran dalam bidang Pendidikan yang dikenal pasti.

Mempertingkatkan kemudahan mengakses bahan bacaan dan rujukan di semua Perpustakaan AT.

Menyelia program pendidikan ke arah menjadikan ATM sebagai sebuah learning organisation.

Melengkapkan Pusat Pendidikan Wilayah (PPW) dengan bahan teknologi pendidikan terkini untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan perkhidmatan.

Mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam ATM.

Menyelaras latihan bahasa asing (selain daripada Bahasa Inggeris) bagi memenuhi keperluan penugasan ATM.

PELUANG PENDIDIKAN

Pendidikan dan Latihan yang dilaksanakan di pusat-pusat latihan ketiga-tiga Perkhidmatan diberi pengiktirafan nasional.

Melahirkan anak-anak warga ATM yang cemerlang di bidang Pendidikan.

Mempertingkatkan sistem pendidikan dan kemudahan bagi sekolah-sekolah dalam kem AT.

Meletakkan sistem selenggaraan sekolah-sekolah di bawah pengawasan Jabatanarah Pendidikan.

Mempromosi perkhidmatan dan skim yang ditawarkan oleh Jabatanarah Pendidikan kepada warga ATM.

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Melahirkan warga Kor yang berpendidikan tinggi dengan sasaran minimum Sarjana bagi pegawai dan Diploma bagi anggota LLP.

Menyediakan warga Kor yang berketerampilan bagi menjana Falsafah Pendidikan ATM.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji:

Sentiasa memberi khidmat pendidikan yang bermutu ke arah mempertingkatkan keupayaan dan taraf profesionalisme anggota ATM melalui usaha-usaha berikut:

Perlaksanaan Dasar Pendidikan ATM.
Penyediaan Kemudahan Pengajian Tinggi serta Pelajaran Am dan Individu.
Perancanagan dan Penyusunan Kurikulum Akademik Tertentu.
Penyediaan Perkhidmatan Terjemahan dan Pelajaran Bahasa Asing.
Khidmat Nasihat dan Kawalan Kaunseling Pendidikan.
Pengawasan Prestasi Perkhidmatan Di Unit dan Formasi ATM.

Sentiasa meningkatkan prestasi akademik anak-anak ATM melalui usaha-usaha berikut:

Penganjuran Program Peningkatan Potensi Anak-Anak Tentera.
Anugerah Kecemerlangan Akademik.
Penyelarasan Tabung Pelajaran Anak-Anak Anggota ATM.
Kaunseling Pendidikan.
Bantuan dan Khidmat Nasihat Dalam Aspek-Aspek:
Asrama Putera/Puteri.
Sekolah di dalam Kem Tentera.
MRSM.
TADIKA dalam Kem.

Sentiasa berusaha memperluaskan lagi ilmu pengetahuan anggota-anggota ATM serta keluarganya melalui kewujudan perkhidmatan perpustakaan yang moden, cekap dan mesra.

DERMASISWA TABUNG PENDIDIKAN KANAK-KANAK AT (TPPKAT)


1. Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Angkatan Tentera (TPKKAT) adalah sebuah tabung yang berada di bawah Tabung Kebajikan Angkatan Tentera. Ditubuhkan pada 1965 mengikut PMAT 18/65 bagi membantu anggota LLP sahaja dalam memberi bantuan kewangan kepada kanak-kanak yang bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan.2. MAT Ke-415 pada 17 Mac 2003 telah meluluskan pindaan iaitu PMAT 18/65(A) yang memberikan dermasiswa kepada kanak-kanak bermula dari tahun 3 hingga tingkatan 5 mulai tahun 2003. Bagi ahli yang layak seperti syarat di bawah boleh memohon dengan menggunakan borang BAT G 3 (Pin 1/88). Yuran semasa keahlian Tabung adalah RM10.00. Cara pembayaran yuran keahlian bagi ahli-ahli yang masih berkhidmat, adalah melalui potongan gaji manakala anggota yang berhenti/bersara/balu yang masih meneruskan keahlian, hendaklah dibuat melalui wang pos di atas nama Tabung Kebajikan Angkatan Tentera.3. Syarat Kelayakan. Antara syarat kelayakan adalah seperti berikut :a. Telah menjadi ahli selama 3 tahun berturut-turut.

b. Yuran terkumpul RM 30.00.c. Mempunyai anak yang belajar dari tahun 3 hingga tingkatan 5 di sekolah bantuan penuh kerajaan.d. Terhad kepada seorang anak sahaja dalam satu tahun.e. Terus membayar yuran (Bagi LLP yang ditauliahkan menjadi pegawai).f. Terbuka kepada semua anggota LLP yang masih berkhidmat dan bekas tentera/balu yang masih meneruskan keahlian tabung.4. Kadar. Nilai dermasiswa yang baru adalah seperti berikut :a. Tahun 3, 4 dan 5 – RM 200.00.

b. Tahun 6 – RM 250.00.

c. Tingkatan 1 dan 2 – RM 300.00.

d. Tingkatan 3 – RM 350.00.

e. Tingkatan 4 – RM 400.00

f. Tingkatan 5 – RM 450.00

5. Tatacara Memohon. Tatacara permohonan menjadi ahli dan memohon dermasiswa adalah seperti berikut:

a. Permohonan Menjadi Ahli. Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan iaitu Kembaran A dan B kepada Peraturan Pentadbiran Pendidikan No. 8 dalam 3 salinan (Muat turun borang). Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat di atas hendaklah dimajukan ke Jabatan Arah Pendidikan ATM.

b. Memohon Dermasiswa. Permohonan dermasiswa hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang BAT G 3 (Pindaan 1/88) (Muat turun borang). Setiap permohonan hendaklah disertakan nombor ahli Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Angkatan Tentera. Di samping memenuhi kreteria di para 36, pemohon harus menyertakan dokumen seperti berikut:

(1) 1 salinan sijil kelahiran setiap anak yang dicatatkan dalam borang permohonan.

(2) 1 salinan BAT C 10 atau Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga.

(3) 1 salinan surat akuan sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah/PERBAH 2 (jika anak angkat/tiri).

(4) 1 salinan sijil peperiksaan/slip peperiksaan (UPSR dan PMR) yang disahkan oleh Guru Besar.

(5) 1 salinan Laporan Penggal yang disahkan oleh Guru Besar.

c. Borang permohonan boleh diperolehi di Jabatan Arah Pendidikan, formasi/pangkalan/pasukan atau di Pejabat Tadbir bagi pasukan yang tidak mempunyai Jurulatih Pendidikan.

YAYASAN WARISAN PERAJURIT (YWP)

Bagi mencapai matlamat penubuhan Yayasan ini, Lembaga Amanah Yayasan Warisan Perajurit telah menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak ATM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan mendapat tempat di IPTA.

Pada masa ini jenis-jenis bantuan yang disediakan dan kadar baru yang diluluskan bagi anak-anak anggota ATM adalah seperti berikut:

Bil.

Pep

Bilangan A

Jumlah Bayaran

1.

UPSR

5A

4A 1B

4A 1C

(B.M salah satu sama ada penulisan / pemahaman wajib mendapat A)

RM450.00 setahun untuk tempoh 3 tahun.

RM350.00 setahun untuk tempoh 3 tahun.

RM200.00 setahun untuk tempoh 3 tahun.

2.

PMR

9 A

8 A

7 A

6 A

(B.M wajib mendapat A)

RM800.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.

RM600.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.

RM500.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.

RM400.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.

3.

IPTA


Untuk anak-anak ATM yang ibubapa masih dalam per-khidmatan sahaja.

Bantuan sebanyak RM1,000.00 bagi kemasukan ke IPTA dalam negeri sahaja dengan mengikuti pengajian Ijazah bagi tahun yang terkini sahaja. Berumur tidak melebihi 21 tahun. Tamat pengajian SPM, SPMV, STPM dan Matrikulasi.

4.

University of Notthingham


SPM 8 A dengan mendapat A dalam B.M. Umur tidak melebihi 18 tahun semasa permohonan dibuat atau 19 tahun bagi pemohon dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Jumlah biasiswa bergantung kepada yuran pengajian sesuatu kursus iaitu di peringkat ijazah sahaja. (Ijazah Kejuruteraan, Perniagaan Ekonomi dan Pengurusan, Sains dan Komputer, Pengurusan Kewangan, Perakaunan dan Pengurusan dan Master Pharmacy). Telah mendaftar dan diterima masuk ke universiti dan telah menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh YWP.

Bantuan yang diberi adalah bergantung kepada kedudukan kewangan dan jumlah dana yang diterima dari anak-anak syarikat LTAT. Pemohon yang berjaya akan dipantau pelajaran mereka melalui penghantaran Laporan Akademik setiap akhir tahun sebelum bayaran yang seterusnya dapat dibuat.

Bagi anak-anak anggota ATM yang memenuhi syarat-syarat kelulusan yang dinyatakan bolehlah membuat permohonan biasiswa melalui Jabatan Arah Pendidikan, KEMENTAH dan bagi anak-anak bekas ATM pula dibuat melalui Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) negeri masing-masing.

Borang-borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar kepada Jabatan Arah Pendidikan KEMENTAH bagi mereka yang masih berkhidmat. Bagi anak-anak bekas ATM hendaklah menghantar borang-borang yang telah diisi dengan lengkap kepada PBTM negeri masing-masing.

Di samping itu juga, YWP memperkenalkan biasiswa untuk pengajian ke peringkat universiti iaitu dengan kerjasama University of Nottingham in Malaysia (UNIM) kepada 10 anak-anak ATM yang mana 7 biasiswa akan diagihkan kepada anak-anak anggota lain-lain pangkat and 3 biasiswa untuk anak-anak pegawai ATM. Anak-anak hendaklah telah mendaftar dan diterima masuk ke universiti dan telah menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak YWP.

ANUGERAH KECERMELANGAN AKADEMIK ATM

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah bermurah hati membiayai Anugerah Kecemerlangan Akademik sebagai pengiktirafan kepada anak-anak warga tentera di peringkat PMR dan SPM. Anugerah ini mula diperkenalkan sejak tahun 1991 lagi.Syarat-Syarat. Pemohon mestilah anak anggota tentera yang masih berkhidmat pada hari pertama pemohon mengambil peperiksaan PMR/SPM. Sekolah bantuan penuh kerajaan Anggota yang sedang menjalani kursus peralihan dikira masih dalam perkhidmatan. Kadarnya ialah RM 1,000.00 bagi peringkat SPM dan RM500.00 bagi peringkat PMR. Anugerah ini biasanya dilakukan pada bulan Jun setiap tahun dan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan. Tarikh tutup permohonan adalah 30 hari selepas keputusan peperiksaan diumumkan.Kelulusan Akademik. Adalah seperti berikut :

a. PMR

(1) Anak Pegawai – 7A ke atas.

(2) Anak LLP – 6A ke atas.

b. SPM

(1) Anak Pegawai – 6A ke atas.

(2) Anak LLP – 5A ke atas.

Tatacara Memohon. Setiap permohonan mestilah menggunakan Borang Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik yang boleh diperolehi di Jabatan Arah Pendidikan ATM atau pejabat pendidikan formasi/pangkalan/pasukan (Muat turun borang). Borang permohonan tersebut perlu disahkan oleh Pegawai Memerintah/Pemerintah pasukan dan dimajukan ke Jabatan Arah Pendidikan bersama-sama dokumen berikut:

a. Salinan keputusan peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia yang disahkan oleh pasukan/Pengetua Sekolah.

b. Salinan Kad Pengenalan Pelajar dan Ibu bapa/Penjaga yang disahkan.

c. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar yang disahkan.

d. Sekiranya anak angkat/anak tiri, sila dapatkan surat akuan sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah/PERBAH 2.

KEMASUKAN KE MRSM

Halaman ini menerangkan tanggungjawab Jabatan Arah Pendidikan berkaitan mengurus kemasukan ke MRSM (Tingkatan 1).2 kategori kemasukan ke MRSM iaitu:

a. Kemasukan Tingkatan 1. Diperuntukkan di MRSM Terendak atau mana-mana MRSM seluruh negara. Syarat kelayakan berdasarkan kepada pencapaian murid dalam UPSR iaitu 5A. Calon yang layak boleh memohon melalui pembelian borang di Jabatan Arah Pendidikan dan borang yang lengkap diisi perlu dihantar semula ke Jabatan Arah Pendidikan untuk disemak dan seterusnya akan dihantar ke Ibu Pejabat MARA.

b. Kemasukan Tingkatan 4. Calon yang layak berdasarkan keputusan PMR minimum 6A. Borang boleh diperolehi di Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Pejabat MARA Negeri dan mana-mana MRSM berhampiran. Borang yang lengkap diisi perlu dihantar terus ke Ibu Pejabat MARA. Jabatan Arah Pendidikan tidak terlibat dalam proses kemasukan ke Tingkatan 4. Mereka yang memohon akan melalui satu ujian khas UKKM (Ujian Kelayakan Kemasukan MARA) yang disediakan oleh MARA.

PROGRAM MOTIVASI

Melalui ruangan ini, pembaca didedahkan 3 kriteria motivasi yang setiap satunya mempunyai ertikata tersendiri.

a. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

Program ini merupakan program motivasi akademik anjuran bersama ATM/PERNAMA yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik anak-anak warga tentera khususnya yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Objektif program adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan melengkapkan diri untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Di samping itu, pelajar akan didedahkan dengan teknik-teknik belajar secara lebih bersistematik dan teknik menjawab soalan dengan betul. Pemilihan penceramah adalah mengikut persetujuan bersama pihak ATM/PERNAMA. Kos pembiayaan program ialah RM 3.00 seorang (anak anggota tentera sahaja) dibiayai oleh TKAT. Jumlah minima peserta bagi program ini ialah 30 orang peserta.

b. PROGRAM SENI KEIBUBAPAAN – IBU BAPA GEMILANG ANAK-ANAK CEMERLANG

Program ini adalah kesinambungan kepada program kecemerlangan akademik anjuran bersama ATM dan PERNAMA untuk anak-anak ATM. Ia merupakan program motivasi kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan. Fokus utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa (warga ATM) tentang peranan yang sepatutnya dimainkan dalam membentuk sebuah KELUARGA BAHAGIA. Dimasa yang sama, warga ATM juga akan didedahkan dengan teknik-teknik mendidik anak-anak supaya menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan akhlaknya. Masa program yang diperuntukkan adalah separuh hari. Jumlah minima peserta bagi program ini ialah 150 orang peserta.

c. PROGRAM SUMMER CAMP WIRA JUNIOR

Program ini juga merupakan sebahagian daripada program kecemerlangan akademik anak-anak tentera yang bertujuan mempertingkatkan kesedaran anak-anak ATM yang tidak terlibat dengan peperiksaan PMR dan SPM tahun semasa. Kumpulan sasar bagi program ini ialah anak-anak tentera tingkatan 1, 2 dan 4. Program ini dilaksanakan secara out door selama 3 hari 2 malam. Pemilihan lokasi berdasarkan ciri-ciri keselamatan, infrastruktur mesra pengguna, aktiviti yang sesuai dan perhubungan. Program ini adalah kerjasama ATM dan PERNAMA yang mana telah memperuntukan RM 5,000.00 setiap pakej.

15 Komen

salam.tumpang tanya..mcm mana prosedur untuk menjadi tenaga pengajar untuk sekolah2 tentera atau maktab tentera..? ape kelayakan yg patut dipenuhi?

bagusnya… banyak info yang boleh diperolehi dari laman web ini cuma hendak dengan tak je..tahniah b.. moga lama web ni dapat membantu anak-anak yang perlukan bantuan tuk terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi… jasamu di kenang..

macam best je..ehehe

bagus.teruskan usaha utk penambahbaikkan web site ini. Tahniah. Banyakan lagi imfo terkini ATM.

Kalau boleh nak cuba contek dengan kawan2 lama KPA AJAR yang bersama 1990 hingga 1998. Saya lama bertugas di LATEDA dulu. Kalau sudi conteklah saya wanchik27011@gmail.com

Kalau boleh nak cuba contek dengan kawan2 lama KPA AJAR yang bersara antara 1990 hingga 1998. Saya lama bertugas di LATEDA dulu. Kalau sudi conteklah saya wanchik27011@gmail.com

saya merupakan seorang guru, dulu saya amat aktif di dalam pelapes di UKM. Bagaimana atau prosidur untuk saya bertukar dari seorang guru sekolah ke kor ajar.

salam..
sy tlh ditauliahkn sbg left muda semasa sy join palapes unimas (2005-2009)…
di unimas, sy amek jurusan kaunseling dan sy berminat nk menaburkan bakti sy dlm atm lebih2 lg mungkin jd kaunselor di pusat2 pendidikan bwh atm mcm mpat, atma, dll lagi yg berkaitan…sy akn konvo pd 15 ogos nie. jd pe langkah2 yg perlu sy lakukan???
kene lapor siri 500 dlu ke pe ke??/
sila bg maklumat…

Kalau boleh nak berhubung dengan warga KPA (Pendidikan) yang mengenali saya. Salam ukhwah

Syabas! Tahniah!
Ucapan ini saya tuju khas buat Akhmazuyana Bt Ismail kerana terpilih mewakili negara ke Lubnan.Saya amat berbangga dengan kejayaan ini.Semoga selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air tercinta.
012-2691095,

adakah terdapat biasiswa ipts untuk anak bekas perajurit?

LAMNN YANG SUNGGUH MENARIK. BANYAK INFORMASI DAPAT YANG TERDAPAT DALAM LAMAN INI. DIHARAP LAMAN INI AKAN DI UP-TO-DATE DEMI MEMBERI INFORMASI YANG TEPAT TENTANG KOR INI.

sapa nama ps2?rsm?pengarah jbtn arah pendidikan di midef?

akan menamatkan perkhidmatan tentera pada 20 feb 2010 nanti. boleh kot nak masuk siri 500.

Salam…
Buat teman2 dlm Kor AJAR , Tahniah dan ada yg telahpun berpencen, Saya skrg sdng bertugas di SABK Maahad Al-Khair LIl Banat ,Kamunting, Tpg. sbg Pen Kanan HEM. Kepada rakan2 yg sempat bersama dlm AJAR dulu hbgi saya,,, Mga Ukhwah terjalin..013 4331579 Ahmad said

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 33 other followers

%d bloggers like this: